Saturday, May 21, 2011

Sister2..


Saja je kt sini aku nk cite ttg org2 yg slalu menggembirakan hatiku.. Tak kering gusi kalu ak dok dengan depa.. Asyik gelak ja...

Kalu adk aku solehah tu ada2 ja lawak dia...Wktu aku sedih dia akn hiburkan hingga aku lupa sedih aku tu.. huhu.. Aku sgt syg dia.. jauh mana dia pi pun aku ttp akn rindu dia... Hidup ibarat x lengkap tanpa dia.. Sbb dia adik yg akan dgr masalah aku.. huhu..Tapi yg aku TABIK tgk dia ni ialah dia ley men FACEBOOK tnpa henti...Adoi!!! Pening gak kadang2 tgk dia men..ntah apa ja dia men... Neway for my sis all the best in ur new world..Study hard n prove that u can be among the best!!!

Ha skrg cte adk aku yg kedua..Suhaila... Dia ni penyayang, cpt mrajuk dan ROMANTIK..haha Suka sangat syg aku..mcm lover pun ada.hahaha...Dia ni mmg manja sgt...Aku xley marah dia kalu marah confirm menangis lepas tu dia yang mai mnta maaf kat aku..hehe.. Kalu aku menangis dia pun menangis gak..terharu tol ak.. :p..Kalu aku beli barang kat solehah msti kena beli kat dia gak..kalu x mengamuk la si kecik nie..haha.. Adik suhaila jgn main2, blajar rjin.. sayang susu lala..hehe

Macam2 ragam adk2 aku nie.. Ragam2 ni la yg wat aku hepy sentiasa :-)..

Love both of You !!!!

Thursday, May 5, 2011

Sahabat Yang Sentiasa Ada Di Sisi...

Saat-saat terakhir ku di bumi UIA...


Aku dan seorang sahabatku ini sering kali aja ada rajuknya tersendiri.. Mungkin itu satu petanda bahawa kami akan jauh dari mata TAPI dekat di hati... Aku masih ingat tika sahabatku ini dapat membaca bahawa aku akan pergi jauh darinya..

Lalu pada satu hari di dalam kelas calculus, sahabatku ini bertanya padaku, " Kau ada sembunyi apa2 dr ak ke??.." Tersentak ku dalam kebisuan kerana tika itu aktiviti penukaran U masih dalam pemprosessan.. Aku tidak menjawab apa2 sehingga lah tiba saat kami langkah menuju ke kelas SAD.. Di situ sahabat ku ini bertanya lagi, " Kau ada sembunyi apa2 dari aku ke??? Kalu kau jauh dari aku, tukar U ke, tak sama CS dengan aku, ko kawen ka semua aku tak redho.." . Wah power juga ayat kawan aku ni hingga membuat aku terkesima sebentar..hehe..

Aku dapat rasakan bahawa tika dia bertanya soalan ini suara nya dalam nada yg bergetar.. Ya Allah, pilu hati ku tika mendengar persoalan sahabatku yang ku sayang ini.. Hanya Allah saja yang tahu bahawa air mata ku mula bergenang cuma ia tidak di titiskan lagi.. Aku hanya menjawab "Ak tak akan jauh dari kau dan akan masuk semuanya dengan kau..". Sedangkan Ya Allah hatiku ingin berkata padanya bahawa wlaupun aku jauh, aku tetap tak akan tinggalkan sahabatku ini...Aku jauh krn bersebab...

Sungguh banyak memori aku dan dia... Ada rajuk, ada enjoy, ada semua nya..Segala-galanya dengan dia... Hatta kami sebilik, sekelas dan segala-galanya dgn dia , cuma tak sekatil ja tapi adalah juga kadang2 dia datang menempek kan dirinya di katil aku untuk memulakan cerita2 kerepek kami.. haha ..terutama pada malam hari...hehehe..

Ha saat yang paling aku tak boleh lupa ialah kegilaan kami ketika tension atau lebih dikenali ketika assigment bertimbun2... Pernah kami pergi ke air terjun Ulu Yam untuk melepaskan rasa keserabutan yang melanda.. Walaupun tak mandi tapi kami melakukan aktiviti yang menarik dan kegilaan mengambil gambar menyebabkan kekusutan kami hilang.. Bagi kami selepas kekusutan hilang barulah kami dapat meneruskan assigment yang bertimbun tu..haha...

Lagi korang tahu tak apa lagi tempat yang melakarkan memori kegembiraan KAMI??? Jawapannya mestilah di KLCC.. Kat situ kami main buaian sampai sahabatku ni kena tegur dengan mak guard..haha.. Then gi tengok wayang, shopping dan main di taman permainan...Kalau tak dapat keluar, kami akan beli makan dan perrgi ke TASEK UIA yang tercinta..Di situ kami beristirehat ibarat pasangan kekasih..hahaha..(habis aku kalau pak we dia tahu :p) . Ha lupa pulak aktiviti riadah yang kami lakukan bersama kononnya nak sihat la kan..hehe.. Cuma satu ja aku tak dapat buat bersamanya iaitu bermain Squash..(^-^)

Sahabat ku ini sukar sekali mengeluarkan air mata hinggalah saat di mana ak harus beritahu kebenaran bahawa aku akan keluar dari bumi UIA.. Pada hari yang dinantikan dengan nada yang sedih tambah pula rase takut, aku harus memberitahu dia bahawa aku akan tukar ke USM.. Saat itu dia sangat merajuk dengan aku, hingga boleh menyebabkan kami tidak bertegur sapa, malah dalam kelas pun ibarat orang asing dan ke kelas pun tidak beriringan lagi.. Kalau beriringin kami ibarat manusia patung yang bisu..

Suatu hari dalam kelas UNGS II saat terakhir ku di UIA, dia datang kepadaku bersama ehem2 nya.. hehe.. Tiba2 ehem2(hehe) nya beri aku sandwish dan berlalu pergi mengambil tempat duduk. DAN DIA?? mengambil tempat di sebelah ku serta berkata " kenapa kau tak bagi tahu aku yang kau nak tukar U? Apa masalah kau?? Setiap kali aku ada masalah semuanya aku cite kat kau tapi kau sembunyi dari aku.. habis macam mana aku nak tahu apa masalah kau...". Walaupun dia tidak titiskan air mata namun aku tahu nada nya dlm sdih bercampur marah.. Aku diam lalu aku hanya menjawab " Sorry, bukan aku tak mahu bagi tahu kau tapi aku tak dak kekuatan nak bagi tahu".. Selepas kedua2 nya diam sebentar Ustaz pun menuju masuk ke kelas..
Sahabatku ini berkata lagi ," Bagi tahulah yang kau nak tukar ni tak kau smpn sorang2 sampai saat kau nak kuar..Fikirlah dulu sebelum tukar, bagi tahu masalah kau..sebab aku kah kau tukar??". Ya aku tahu sahabat, kau marah padaku.. dengan tanpa segan air mata ku menitis walaupun depan Ustaz.. Masih ingat lagi kerana dia marah dia bagi tahu seorang lagi sahabatku disebelahnya, " Mas da nak pi jauh dah.."..Itu lah pergaduhan pertama antara kami (boleh dikatakan pergaduhan juga la kan sebab tak bertegur sapa..hehe)..

Selepas kelas, kakiku lantas menuju ke bilik lalu mengemas barang-barangku. Hanya 3 jam dari sekarang aku akan pergi meniggalkan UIA secara tak rasmi lagi..hehe.. Sedang aku mengemas barang aku menunggu kepulangan sahabatku ini namun kelibatnya tidak ku kelihatan sehinggalah jam 1 tengah hari penungguanku berakhir. Sahabatku pulang ke bilik namun masih tidak bertegur sapa. Usai saja menunaikan solat zohor, barulah ku kedengaran suara yang ku rindu, " Kau pergi kelas tak? ". Aku hanya jawab "tak". Lalu sahabatku ini berlalu pergi.

Ya Allah, sedihnya hati ini kerana tidak dapat bermesra dengan sahabatku saat terakhir. Aku menangis sepuas hati ku.. Tepat jam 2.45 pm. hatiku memberontak ingin menemui sahabatku sebelum ku bertolak pulang. Maka kaki ku laju menuju ke kelas Calculus di bangunan ICT. Aku menghantar pesanan ringkas kepadnya bahawa aku akan pulang dan ingin bertemu dengannya di luar kelas. Selang beberapa mint dia pun keluar menemui ku. Kami berbicara sebentar dan berpelukan.. Akhirnya Ya Allah aku bertemu jua dengan sahabatku ini. Setelah semuanya selesai dia terus masuk ke kelas tanpa menoleh ke belakang.

Air mata terus menerus mengalir mengenangkan sahabat yang sukar dicari ganti, kerana semua pakej pahit, manis, gaduh, merajuk semuanya ada dalam perhubungan kami. Tika ku dalam bas barulah sahabatku ini menghantar pesanan ringkas kepadaku menyatakan isi hatinya. Mengalir lagi air mataku. Tahu tak korang dalam sesuatu perhubungan apabila kita ada terasa hati, merajuk, atau marah ia akan merapatkan lagi sesuatu hubungan. Tahu kenapa??? kerana ia akan menjadikan kita lebih memahami antara satu sama lain..Apa yang penting.. Tolak ansur dan persefahaman. Merajuk tandanya sayang. Maka kalau sahabat tu merajuk maknanya dia sayang akan kamu..hehe..

Mungkin cite ku ini biasa untuk didengari dan mungkin juga biasa-biasa aja.. Tapi bagiku ia amat bermakna dalam hidupku :-) Ukhwah yang dibina kerana Allah aku memohon agar ia kekal dunia akhirat. Walau aku jauh darimu, namun ingatan dan doaku sentiasa bersamamu SAHABATKU... Ku coretkan kisah ini kerana aku sangat MENGHARGAI PERSAHABATAN yang SAHABATKU berikan PADAKU...Dengarlah bahawa aku sangat menyayangi mu.. :-)

~NINA HAMDAN~

'sahabat,ketahuilah..bahawa walaupun kita berjauhan,namun rasa rindu yang membuatkan kita dekat.aku tak akan pernah melupakanmu walaupun kita tidak bersua'.

Sahabat ketahui kah engkau bhawa ak sngt merindui mu...

Ak rndu tika kita bersama...
Tika kita berantakan...
Tika kita rajuk antra satu sma lain...
Tika kita bersuka2...
Tika kita susah bersma...
Dan apa sja yg kita lakukan adlh bersma...
Ak rndu akn memori itu...
Sungguh hatiku menjerit untk kmbali ke alam itu
krn ia mngajar erti sebuah PERSAHABATAN yg x ternilai harganya..
Segala-galanya msh terpahat segar dlm mnda ku..
Setiap kali ku terknang akn ukhwah di sna air mta tdk malu lg untk bergenang di mataku..
Ya Allah mga ukhwah yg kami jalin ini kekal hngga akhr hayat ku..
Really miss the memory!!!